Bangsaku mudah melatah. Nescaya melantun jauh perginya.Sekarang ni politik provokasi
memang permainannya, sedangkan itulah ancaman paling bahaya. Baru diusik sikit,
sudah mahu mengangkat senjata. Berwaspadalah sentiasa, agar senjata tidak
memakan tuan, kelak nanti diri yang derita. Kalau semuanya boleh diselesaikan
dengan bertetak / berparang, apa gunanya pihak berkuasa?
Saya bukanlah seorang yang pakar dalam bidang peperangan.
Tetapi mari kita rujuk semula kitab-kitab yang membicarakan persoalan
qital/peperangan, nas dan dalil pasal perang. Bilakah keadaan yang sepatutnya
diisytiharkan perang. Siapa yangg sepatutnya mengisytiharkan peperangan?. Siapa
yang mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan peperangan? Hanya Ketua Negara,
Ulama' dan pemimpin agama yang layak membuat seruan jihad dan mengisytiharkan
peperangan. (Ulama' dikalangan ahli politik / parti itu bukanlah ulama' sebenar
kerana mereka terikat dengan perjuangan beroreintasikan kehendak individu dan
bukannya menegakkan agama Allah)
‘Islam’ sendiri bermaksud selamat dan sejahtera.
Ketika tiada pengisytiharan perang, hukumnya
adalah fardu kifayah. Maksudnya, jihad adalah wajib ke atas
semua pejuang islam, tetapi apabila sebahagian mujahid telah keluar berjihad,
maka kewajipan tersebut tidak lagi dituntut ke atas pejuang islam yang lain.
Berdasarkan firman Allah Taala dalam surah al- Nisa’ yang bermaksud :
“ Allah s.w.t melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang yang tinggal duduk ( tidak berjuang ) dengan satu darjat. Dan kedua-duanya Allah janjikan dengan balasan yang baik ”
Syaikh as-Sa’di rahimahullahu berkata: “Maksud dan tujuan dari perang di jalan Allah bukanlah hanya menumpahkan darah orang kafir dan mengambil harta mereka, akan tetapi tujuannya agar agama Islam ini tegak kerana Allah di atas seluruh agama dan menghilangkan semua bentuk kemusyrikan yang menghalang tegaknya agama ini, dan itu yang dimaksud dengan ‘fitnah’ (syirik). Apabila fitnah (kemusyrikan) itu sudah hilang, tercapailah maksud tersebut, maka tidak ada lagi pembunuhan dan perang.” Jadi, jihad disyari’atkan agar agama Allah tegak di muka bumi.Oleh yang demikian, umat Islam seharusnya berdakwah kepada golongan bukan Islam sebelum memulakan peperangan.
Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang dijalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaithan itu, karena sesungguhnya tipu daya syaithan itu adalah lemah. (An Nisa : 76)

"Tidakkah kamu perhatikan orang - orang yang
dikatakan kepada mereka: Tahanlah tanganmu dari berperang dan dirikanlah
solat." (An Nisa' : 77)
"Dan perangilah di jalan Allah orang - orang
yang memerangi kamu, tetapi janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya
Allah tidak menyukai orang - orang yang melampaui batas." (Al
Baqarah: 190)
Dan perangilah mereka, supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata bagi Allah. Jika mereka berhenti (dari kekafiran), maka sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan.
(Al Anfal: 39)

"Telah diizinkan (berperang) bagi orang -orang yang
diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah,
benar - benar Maha Kuasa menolong mereka itu." (Al Hajj : 39)
(Yaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung
halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali karena mereka berkata:” Tuhan
kami hanyalah Allah “. Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian
manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara
Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid, yang
di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang
yang menolong (agama)Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha
Perkasa. (Al-Hajj: 40)
Assalam..nk tya mcm mn nk daftar sbg ahli pekemim..sy dr pasir puteh..blh bg info..ni no sy 0179602868
ReplyDelete