Abuya
Sheikh Imam Ashaari Muhammad at-Tamimi, dalam bukunya bertajuk AQIDAH MUKMIN I
telah mentakrifkan erti perjuangan jihad fisabilillah (dalam waktu aman) adalah
sebagaimana berikut:-
Perjuangan jihad fisabilillah ialah perjuangan
yang bernar-benar kerana ALLAH dan untuk ALLAH semata-mata. Ianya benar-benar
satu jihad menegakkan agama ALLAH dan hukum-hakam ALLAH samada melibatkan yang
Wajib, yang Sunat, yang Makruh mahupun yang Haram. Mana-mana hukum yang Harus
diperjuangkan agar menjadi ibadah.
(Bagaimana
perkara-perkara yang Harus boleh menjadi ibadah kepada kita?. Seperti makan,
minum, bekerja, tidur, safar, dll.
Iaitu
ia mesti menepati tentang 5 Syarat berikut - Niat, Perkara, Perlaksanaan,
Natijah dan Amalan Asas tidak boleh ditinggalkan.
Sila
rujuk ‘5 Syarat-Syarat Ibadah’ untuk lebih maklum).
Perjuangan
yang dibangunkan itu pula tidak boleh atas dasar hendak berkuasa dan
memerintah, atas dasar hendakkan pangkat dan nama, atas dasar hendak menegakkan
bangsa, atas dasar hendak menghapuskan kezaliman (walaupun disuruh) dan
lain-lain.
Kalau kita berjuang dan berjihad atas salah
satu daripada maksud di atas, perjuangan kita itu sia-sia sahaja. Belum lagi
digolong sebagai jihad fisabilillah.
Kalau
kita berjuang atas dasar kebangsaan sahaja, Rasulullah SAW ada mengingatkan
kita di dalam sebuah Hadis yang bermaksud,“Tidak ada fahaman kebangsaan di
dalam ajaran Islam”.
Fahaman
kebangsaan adalah fahaman yang sempit yang akan mengajak manusia bergaduh,
kerana masing-masing ada bangsa. Perjuangan demikian hanya akan mencetuskan
puak-puak.
Kemudian
Rasulullah bersabda lagi, “Bukan daripada golongan kami, orang yang berjuang
kerana kebangsaan”.
Sebenarnya,
kalau kita berjuang kerana menegakkan agama, bangsa akan terbela dengan
sendirinya. Tetapi kalau kita berjuang membangunkan bangsa, agama akan
dicuaikan. Hingga kerana itu, bangsa belum tentu dapat dibangunkan, agama sudah
hancur berkecai. Kemungkinan besar fahaman kebangsaan dalam perjuangan itu akan
mengambil-alih fahaman berjihad kerana agama.
Begitu jugalah dengan perjuangan menegakkan
agama melalui konsep kapitalisme, sosialisme, sistem demokrasi
terbuka@berpilihanraya dan sebagainya. Semuanya merupakan perjuangan yang tidak
tepat untuk dinilai sebagai fisabilillah.
Inilah yang perlu kita awasi. Walaupun dalam
berjuang itu, macam api keluarnya ayat-ayat Al Quran dan Hadis, tetapi kerana
perjuangan tidak tepat, orang yang berjuang begini bolehlah kita katakan
sebagai telah memperalatkan Al Quran dan Hadis untuk mencapai matlamatnya. Dan
bagi kita pula, tidak seharusnya terpengaruh dengan perjuangan sedemikian. Ia
bukan digolongkan sebagai jihadfisabilillah!.
Jihad
fisabilillah yang sebenarnya adalah jihad yang setiap inci perjuangan tepat
dengan kehendak ALLAH, yakni kehendak Al Quran dan Sunnah.
AL
Quran dan Sunnah itu mesti dilaksanakan pada semua peringkat. Bukan pada negara
sahaja tetapi juga di dalam diri sendiri, di dalam rumahtangga, di dalam
masyarakat, di dalam pendidikan, di dalam ekonomi, di dalam politik, dan
seterusnyalah hingga kepada persoalan alam sejagat.
Kemudian
perlaksanaannya juga mesti betul hingga syariat lahir dan batin dijaga
betul-betul. Kalau semuanya tepat mengikut kehendak Al Quran dan Sunnah, itulah
yang dinamakan jihad fisabilillah, dan sekiranya orang yang berjuang itu mati
dibunuh atau terbunuh, insya-Allah nilainya adalah sebagai syuhada ALLAH.
Baharulah jisimnya dikekalkan oleh ALLAH SWT.
Malangnya,
ada di kalangan pejuang-pejuang Islam pada akhir zaman ini, semacam beria-ria
benar berjuang hendak menegakkan agama ALLAH dalam negara tetapi diri sendiri
dicuaikan, anak isteri masih mendedah aurat, dia terlibat dengan maksiat dan
mungkar. Pejuang-pejuang begini telah mempersempitkan persoalan agama kepada
aspek negara sahaja.
Sedangkan
Islam itu bukan untuk negara sahaja tetapi untuk semua aspek dan semua bidang.
Dan semua bidang itu mesti diperjuangkan samada mengenai aqidah, ibadah,
perjuangan dan jihad, ekonomi, pendidikan, rumah tangga, politik dan seterusnya
hingga kepada persoalan negara dan hubungan alam sejagat.
Kemudian
yang diperjuangkan itu pula mestilah bermula daripada alif, ba, ta (dari
peringkat rendah, yakni bina iman dahulu), bukan terus melompat hingga ke
hujung.
Demikianlah
kata-kata Ustaz Ashaari Muhammad, yang saya kira amat jelas dan terang sekali
akan maksud ‘Jihad Fisabilillah’. Tidak ramai ulama yang boleh memperkatakan
hal demikian, lebih-lebih lagi sekarang ini ramai yang sudah tidak berkecuali.
Sudah berpihak kepada parti-parti politik tertentu. Samada terikut-ikut dengan
kumpulan ramai, iman tidak teguh atau tidak ada ilmu/minda yang relevan dengan
zaman muktahir ini.
Itu
baharu kita memperkatakan akan pengertian jihad fisabilillah.
Belum
lagi kita membicarakan tentang tujuan perjuangan itu sendiri!.
Sebab orang zaman sekarang sudah tidak faham
lagi akan maksud mereka berjuang. Mereka cenderung mengikut akal-akalan dan
nafsu mereka semata.
Sebab
apabila iman sudah tidak ada/tipis, nafsu sudah menguasai hati, akal sudah
tidak berfungsi untuk berfikir dengan sempurna. Maka berlakulah kemungkaran
kerana, “Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan”.
Alhamdulillah ... Semoga Kefahaman akan membawa ke matlamat .....
ReplyDeleteamin...semoga kite semua kekal di jalan ALLAH...///
ReplyDelete